Tuesday, February 13, 2024

2024!!

 Da 2024 dahh..


5 tahun tak menulis~ Ya Allah mcm2 drama dalam blog ni.. Macam..... Ko da kenapa drama. N some of the post pun tak igt ckp pasal apa 🤭


Tahun ni da masuk 4 series.. Moga dijauh2kan dr drama2 emo gitu 🤣


Eh Inara lahir 2020.. haha.. Nnt kalau igt kita buat post 🤭

Saturday, June 1, 2019

Muhammad Irsyad bin Mohd Mahathir

My 3rd hero, Muhammad Irsyad bin Mohd Mahathir.

Alhamdulillah selamat melahirkan anak yg ke3.. Huu bercerita pula pasal kelahiran yg ke 3 sbb abg2 dia pun da dicoretkan disini. So sbg kenangan utk anak2 baca di kemudian hari 😍.

Throwback jom!

23hb 5 2019 (Hari Khamis)
Hari khamis ummi masih bekerja spt biasa. Ummi minta cuti start next week. So kiranya hari2 utk handover job etc. So memandangkan minggu last, duk ke hulu hilir settlekan kerja.  Time ke hulu hilir ni tetiba rasa sakit gila kat bhgian bawah tp masih mampu bertahan. So bila gi surau tu,  bercerita lah ngan member. Sekali member ckp,  'akak esok ni bersalin ni. Sbb sy dulu pun mcm tu'. Time tu cuba utk menidakkan tp rs debar la juga. So apa2 hal handover dulu kerja harini. Smp lah masa balik kerja. Oh time ni berulang ngan husband sbb da sarat plus rumah pun da kat Seremban. Tp mmg x cerita lah apa2 kat husband. Malam tu boleh tdo lena lagi 😂

24hb 5 2019 (Hr Jumaat)
Pagi2 tu ummi da start rs 10min contraction smp lah ke Subuh. So ms nak solat subuh,  g tandas n keluarlah bendalir darah.  Oh, ni tanda last time ni. So siap2 solat semua,  siap2 juga nak g kerja. Tp ckp kat husband da rs contraction n turun darah. Ajak husband tuk check shj. Kalau ok,  nak g kerja 😂. So bila jumpa PA doc,  PA doc suh g emergency n masuk labour room. Aik, sy nak jumpa doc je nak check 🤣🤣. Tp ikutkan lah apa yg PA doc ckp. So time tu around pukul 9pg.  Tup2,  masuk labour room,  xigt check ctg ke x.  Cuma nurse nak check bukaan. Punya lah lama dia check smbl muka kerut2. Kita ni da cuak dah.  Sekali bila tanya kenapa,  dia kata bukaan da 6cm ni, xsakit ke? 🤣 Satu soalan yg sukar ku jawab 😂. Time ni leh lg msg ngan kawan ofis smp lah kena contraction yg sakit gila. Time tu xde siapa kat bilik. Husband g ambil brg kat kereta plus setelkan kemasukan ke wad. Nurse masuk bila contraction yg sakit gila ke 2, n nurse tanya,  awak nak push ke?  Time tu xpk apa2 dah,  terus ckp nak push. Kalut terus doc n nurse nak siap2. Husband pun masuk jusstttt nice time nak push 😂 So push 2 kali,  keluar lah hero ke3 ummi 😍 n waktu tu pukul 10.07pg. Last msg ngan geng ofis kul 950pg 🤣 Cuma kali ni uri x keluar dgn senang so doc terpaksa korek 😅 Lps setel keluarkan uri,  bleeding pula.  So terpaksa drip ubat,  kalau ikutkan doc nak suh mkn pil je.. So kena tahan lama sket dlm labour room br leh g wad.. So 1st day bermalam di hospital..

25hb 5 2019
Alhamdulillah selamat discharged. Tp discharged petang jugak 😅😅 Bermula lah hari ummi anak 3 🥰

Friday, July 28, 2017

My lil hero Muhammad Iyyad b Mohd Mahathir

Alhamdulillah dikurniakan rezeki hero ke 2 (eh ke3 la kot kalau campur dgn abinya.hihi 😘). So alang2 tgh cuti berpantang, n baby tgh tdo ni, nak coretkan kenangan melahirkan yg no 2 ni. Hihi. Totally different dgn si abang 😂. Kalau diikutkan EDD adalah 16.7.2017, so mmg ummi expect awak akan sama dgn si abg.. Hihi. Oh mmg tidakkkk..

7 July 2017 (Jumaat)

Time ni Ummi masih tabah ke office. Yelah kan EDD next week kan.. Why ummi ke office? Sbb ada presentation FYP student. Oh semangat sgt kan pk kerja. N memandangkan a day before da cuti, adalah kerja yg perlu disettlekan hari ni juga. Kiranya mmg bz la Ummi hari ni 😂. Ke hulu ke hilir. Terserempak dgn bos, bos tanya 'Aikk, xcuti lagi'. Amboi bos, I'm a dedicated worker okeyh 😂. Sedangkan dalam kepala x sampai hati nak tinggalkan kerja kat org lain. Terjumpa dgn colleague n Ummi siap cakap 'Baby suka duk dlm perut..' wah dengan yakinnyaaa. Haha. N kalau diikutkan, ummi x plan pun nak balik Seremban, sbb ada 2 wedding hari esoknya tp Allah bukakan hati tuk balik Seremban jugaaaa.. N malam nya, ada sambutan raya kat kwsn rumah nenek. Tp ummi x pergi sbb ummi rasa penat sgt. Atau lebih tepat ummi rs sakit belakang (salah satu tanda gak tu sbnrnyaaa). Tp Ummi fikir maybe sbb aktif sgt pagi td 😅😅. So xde la layan sgt perasaan sakit tuh.. So malam tdo spt tiada apa2..

8 July 2017 (Sabtu)

Dalam pukul 2pagi gitu, ummi terjaga sbb nak g toilet. Ummi perasan ada darah dan bendalir. Ummi tahu tu salah satu tanda nak bersalin. Ummi googled!  Ummi baca ada yg kata doesnt mean keluar darah n bendalir tu terus nak bersalin. Ummi time tu berbelah bahagi nak kejutkan abi ke x. Last2 xkejut pun sbb kesian tgk abi tidur. So ummi sambung balik tdo, wlpun time tu da rasa sakit2 ala2 contraction. Dalam pukul 430pg onwards, ummi start rasa contraction n jarak dlm 10min. Tu pun agak2 contraction sbb ummi pernah rasa sakit senggugut yg teruk.. Again, ummi googled n dr apa yg ummi baca, contraction 10min tu normal 😅.  Sambung balik tdo (sambung la sgt kalau setiap 10min sakit). Smplah ke subuh, last2 xtahan ummi sambung tdo kat sofa ruang tamu. Ummi buat mcm biasa wlpun Nenek da nampak mcm ummi macam sakit. Nenek siap ckp xyah pergi wedding kalau da start rs contraction.  Barulah time tu ckp kat Abi yg mungkin xpergi wedding sbb da start rasa contraction. Abi siap tanya nak g hospital ke x tp ummi x jawab. Sbb tatau nak g hospital ke x lg. Malas kalau pergi nnt, dia kata xde bukaan lg 😂.  Ummi perasan je semakin lama semakin pendek jarak contraction tp ummi rs tu perasaan over ummi je. Until ummi rasa 5min contraction, ummi terpk 'alamak, nak bersalin da ni'. 😅Sempat rasa 3kali je 5min contraction,  n suddenly ummi rs yg sakitttt sgtt. Terus ckp dgn abi 'Sakittttttt'. Nenek da cuakk sbb da gaya nak bersalin da n buat wake up call kat aunty n pakcu. Nenek suh tukar baju (yup, ummi time ni hanya pakai baju kelawar), tp ummi just jawab xlarat. Last2 memandangkan ummi kesakitan n xlarat, abi n pakcu kena papah ummi ke kereta. Time abi n pakcu angkat tu, si abg Ilman pun cuba nak tlg angkat kaki ummi. Thank u dear. Mmg faham time tu ummi tgh sakit. Siap nangis nak ikut ummi g hospital 😂. Alaaa sayang nyee kat awak.. So naik je kereta, ummi da rs mcm something is coming out. Abi for the 1st time merempit, nasib hospital dekat jek.. Smp emergency, nurse suh naik wheel chair. Time tu mmg just ckp sakit n xlarat. So abi terpaksa lah keluarkan tenaga lelakinya tlg ummi ke wheel chair. So dr wheel chair ke labour room rs lama sgttt. Nampak je katil kat labour room tu ummi terus panjat katil 😂. Nurse tanya nak g tandas ke, ummi jawab x larat. Nurse suh tukar baju, ummi jawab xlarat. Nurse smp naikkan suara kata xleh bersalin gini. Ummi jawab xlarat. Last2 nurse berputus asa n nk check bukaan. Bila je dia check, terus mcm terkejut n ckp 'Patient fully. Call doctor'. Haaa baru tau. Igt ummi ni sakit main2 jek.. Ummi da rasa mcm nak teran but nurse suh tggu. Nurse mcm tahan baby kat dalam sbb air ketuban x dipecahkan lg. Lama jugak la rasanya. Last2 doctor dtg n pecahkan air ketuban. Doc just ckp 'okay, push'. Terus ummi push n sekali push baby pun keluar. Yes, sgt senang sbb awak sgt kecil. Sepanjang dr sakit sgt kat rumah dgn keluarnya baby hanyalah dlm 20min gitu. Sbb bila ummi check last timing contraction adalah 855pg, n baby keluar 917pg. Dan sbb baby kecil juga, tiada jahitan lgsg. Alhamdulillah.  Ummi transfer ke wad dlm 950pg gitu. Pakcu siap ckp, 'Cepat gila ko Bersalin Na'. Haha 😅. Disebabkan bersalin normal n tiada jahitan, Ummi xde la rasa penat ke, xbermaya ke. Rasa sihat jek. Ye lah, rasa mcm cepat sgt semua berlaku. Huhu..

Memang kenangan betul kelahiran kali ni. Baik adik, baik abg dua2 lahir hari sabtu. Cuma kelahiran ke2 ni abi spend time yg banyak tuk sentiasa berada di samping ummi, ilman n baby. Thank u Abi 😍😘

Friday, March 20, 2015

My Lil One - Muhammad Ilman Zufayri




My lil one..

Just a random update.. Sbb ni dari photobook, tp photobook xdapat lagi.. haha~
Sejak da umur setahun lebih ni, susah tul nak capture gamba.. aishh..

Apa2 pun, Ummi Abi sayang awak!!
Tp Abi kena sayang ummi lebih.. haha (-_-)
Aih, dgn anak pon jeles? haha~ Biasalahhhh :D

Wednesday, January 14, 2015

New Year

Xterlambat untuk saya ucapkan,

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2015 !!

By the way, apa yang saya harapkan tahun ini adalah supaya saya menjadi lebih baik dari tahun lepas. Bukan sahaja sbg seorg anak, tetapi juga sbg seorg isteri dan ummi. N ofcos, sebagai seorg lecturer. Sgt berharap dapat menjadi sebaik lecturer2 yg pernah mengajar saya. Oh sebak lak.. huhu..

Ofcos, every year ada wishlist. But xpernah pon list down. *hahaha*

End of week ni, insyaAllah kalau umur panjang, nak pergi lawat bff yg buat aqiqah untuk anaknya. *Hint : pantai*. Mr hubby pon setuju nak doraibu, so ofcos kinda excited lah. Ala2 short gateway.. Saya suka short gateway hanya untuk bermalas2an.. haha~! Oh since dari wedding belah dia, then belah lelaki.. Ni pulak anaknya, semua saya pergi. Walaupun semua belah saya dia xdtg. haha. Hampeh nye bff :p But i consider la jugak sbb both doc. Amat susah lah nak cuti saja2 kan.. *Tp selalu je dorg ni dtg kl..haha~* Tp nak buat camna.. Saya sgt memahami.. *ahaks*

Aihhh, tak sabarnyaaaa....hehe




P.s arini dapat feedback evalution student buat tuk lecturer. Some of the comments for me :

 1. Sensei best.
 2. Five star sensei.
 3. Very good and excellent teacher. I can understand mathematics very well under her class.
 4. Very good in making the students to understand.
 5. I really love mathematics since secondary school and when I'm at JAD, I loves maths more because of Ezreena sensei. I really enjoy the class
 etc.

Haha.. Menceriakan hari betul :) Thank you student~~ Xkisah lah kan wlpun sensei kamu ni kuat meroyan dalam class. haha

Monday, November 17, 2014

Menyakat org

Aihh.. Gamaknya yg nama Azri ni mmg suka sakat org ehh..
Sabo lah gamaknya.
Dari dulu smp sekarang.. *hahaha*
Hopefully tahun depan tadek org nama Azri.
Kalau dak, asik menyakat org dalam class jek.
Menyakat kawan takpe gak, ni menyakat lecturer kot.
Plak tu, lecturer yg paling garang tuhhh..
*hahahahahahahaha. yup saya mengaku sy garang gila*
But, bagusnya budak ni, after class mesti minta maaf..
Hahahaha~

Baru ni ada perjumpaan dgn parents student.
Wah, jumpa org baya2 mak ayah sendiri kott (>_<) *eh mak ayah mereka lagi mudaaaa*
Ada jugak parents yg suka lecturer garang =D
"Anak saya ni saya rasa perlukan lecturer yg garang2"
wahahahaha~
Bagusnya, parents mereka ckp anak xpernah mengadu pasal lecturer..
Good!! Semoga tahun depan pun gitu ehh..
Saya yg da xberapa garang gila ni pun org still anggap saya garang.
Maybe sbb 'jelingan' manja saya kutt..
Auuwwww!~ *Lempang kangggg*
Oh ya, ayat tu pon biasa digunakan dlm class..
Keh keh keh...

Apa2 pun, I am still a happy lecturer.
Mak ayah mereka siap ckp "Haaaa, baik je lecturer ni.. Jumpa lahhh selalu.."
Memang lahh, sbb saya mmg suka gelak2 especially kalau nervous :p

Thursday, September 25, 2014

Setelah sekian lama

Tidak mengupdate blog.
Since bertukar kerja nie, masa nak diluangkan depan kom menghadap blog mmg kurang..
But yes, rindu gila nak berblog.
Byk je entry yg semua half way..
Termasuk detik2 melahirkan sekecil comel kami, Muhammad Ilman Zufayri..

Saya belanja gamba je lah rini..
Saya geram ngan si kecik nie..
Setiap hari rasa nak gigit.. 24hours -8hours mmg xcukup
*sob sob*


Ummi sayang kat awak sangat2 okehh..

Terima kasih Allah atas hadiah yg sgt xternilai ini..