Saturday, June 1, 2019

Muhammad Irsyad bin Mohd Mahathir

My 3rd hero, Muhammad Irsyad bin Mohd Mahathir.

Alhamdulillah selamat melahirkan anak yg ke3.. Huu bercerita pula pasal kelahiran yg ke 3 sbb abg2 dia pun da dicoretkan disini. So sbg kenangan utk anak2 baca di kemudian hari 😍.

Throwback jom!

23hb 5 2019 (Hari Khamis)
Hari khamis ummi masih bekerja spt biasa. Ummi minta cuti start next week. So kiranya hari2 utk handover job etc. So memandangkan minggu last, duk ke hulu hilir settlekan kerja.  Time ke hulu hilir ni tetiba rasa sakit gila kat bhgian bawah tp masih mampu bertahan. So bila gi surau tu,  bercerita lah ngan member. Sekali member ckp,  'akak esok ni bersalin ni. Sbb sy dulu pun mcm tu'. Time tu cuba utk menidakkan tp rs debar la juga. So apa2 hal handover dulu kerja harini. Smp lah masa balik kerja. Oh time ni berulang ngan husband sbb da sarat plus rumah pun da kat Seremban. Tp mmg x cerita lah apa2 kat husband. Malam tu boleh tdo lena lagi 😂

24hb 5 2019 (Hr Jumaat)
Pagi2 tu ummi da start rs 10min contraction smp lah ke Subuh. So ms nak solat subuh,  g tandas n keluarlah bendalir darah.  Oh, ni tanda last time ni. So siap2 solat semua,  siap2 juga nak g kerja. Tp ckp kat husband da rs contraction n turun darah. Ajak husband tuk check shj. Kalau ok,  nak g kerja 😂. So bila jumpa PA doc,  PA doc suh g emergency n masuk labour room. Aik, sy nak jumpa doc je nak check 🤣🤣. Tp ikutkan lah apa yg PA doc ckp. So time tu around pukul 9pg.  Tup2,  masuk labour room,  xigt check ctg ke x.  Cuma nurse nak check bukaan. Punya lah lama dia check smbl muka kerut2. Kita ni da cuak dah.  Sekali bila tanya kenapa,  dia kata bukaan da 6cm ni, xsakit ke? 🤣 Satu soalan yg sukar ku jawab 😂. Time ni leh lg msg ngan kawan ofis smp lah kena contraction yg sakit gila. Time tu xde siapa kat bilik. Husband g ambil brg kat kereta plus setelkan kemasukan ke wad. Nurse masuk bila contraction yg sakit gila ke 2, n nurse tanya,  awak nak push ke?  Time tu xpk apa2 dah,  terus ckp nak push. Kalut terus doc n nurse nak siap2. Husband pun masuk jusstttt nice time nak push 😂 So push 2 kali,  keluar lah hero ke3 ummi 😍 n waktu tu pukul 10.07pg. Last msg ngan geng ofis kul 950pg 🤣 Cuma kali ni uri x keluar dgn senang so doc terpaksa korek 😅 Lps setel keluarkan uri,  bleeding pula.  So terpaksa drip ubat,  kalau ikutkan doc nak suh mkn pil je.. So kena tahan lama sket dlm labour room br leh g wad.. So 1st day bermalam di hospital..

25hb 5 2019
Alhamdulillah selamat discharged. Tp discharged petang jugak 😅😅 Bermula lah hari ummi anak 3 🥰