Alhamdulillah dikurniakan rezeki hero ke 2 (eh ke3 la kot kalau campur dgn abinya.hihi 😘). So alang2 tgh cuti berpantang, n baby tgh tdo ni, nak coretkan kenangan melahirkan yg no 2 ni. Hihi. Totally different dgn si abang 😂. Kalau diikutkan EDD adalah 16.7.2017, so mmg ummi expect awak akan sama dgn si abg.. Hihi. Oh mmg tidakkkk..
7 July 2017 (Jumaat)
Time ni Ummi masih tabah ke office. Yelah kan EDD next week kan.. Why ummi ke office? Sbb ada presentation FYP student. Oh semangat sgt kan pk kerja. N memandangkan a day before da cuti, adalah kerja yg perlu disettlekan hari ni juga. Kiranya mmg bz la Ummi hari ni 😂. Ke hulu ke hilir. Terserempak dgn bos, bos tanya 'Aikk, xcuti lagi'. Amboi bos, I'm a dedicated worker okeyh 😂. Sedangkan dalam kepala x sampai hati nak tinggalkan kerja kat org lain. Terjumpa dgn colleague n Ummi siap cakap 'Baby suka duk dlm perut..' wah dengan yakinnyaaa. Haha. N kalau diikutkan, ummi x plan pun nak balik Seremban, sbb ada 2 wedding hari esoknya tp Allah bukakan hati tuk balik Seremban jugaaaa.. N malam nya, ada sambutan raya kat kwsn rumah nenek. Tp ummi x pergi sbb ummi rasa penat sgt. Atau lebih tepat ummi rs sakit belakang (salah satu tanda gak tu sbnrnyaaa). Tp Ummi fikir maybe sbb aktif sgt pagi td 😅😅. So xde la layan sgt perasaan sakit tuh.. So malam tdo spt tiada apa2..
8 July 2017 (Sabtu)
Dalam pukul 2pagi gitu, ummi terjaga sbb nak g toilet. Ummi perasan ada darah dan bendalir. Ummi tahu tu salah satu tanda nak bersalin. Ummi googled! Ummi baca ada yg kata doesnt mean keluar darah n bendalir tu terus nak bersalin. Ummi time tu berbelah bahagi nak kejutkan abi ke x. Last2 xkejut pun sbb kesian tgk abi tidur. So ummi sambung balik tdo, wlpun time tu da rasa sakit2 ala2 contraction. Dalam pukul 430pg onwards, ummi start rasa contraction n jarak dlm 10min. Tu pun agak2 contraction sbb ummi pernah rasa sakit senggugut yg teruk.. Again, ummi googled n dr apa yg ummi baca, contraction 10min tu normal 😅. Sambung balik tdo (sambung la sgt kalau setiap 10min sakit). Smplah ke subuh, last2 xtahan ummi sambung tdo kat sofa ruang tamu. Ummi buat mcm biasa wlpun Nenek da nampak mcm ummi macam sakit. Nenek siap ckp xyah pergi wedding kalau da start rs contraction. Barulah time tu ckp kat Abi yg mungkin xpergi wedding sbb da start rasa contraction. Abi siap tanya nak g hospital ke x tp ummi x jawab. Sbb tatau nak g hospital ke x lg. Malas kalau pergi nnt, dia kata xde bukaan lg 😂. Ummi perasan je semakin lama semakin pendek jarak contraction tp ummi rs tu perasaan over ummi je. Until ummi rasa 5min contraction, ummi terpk 'alamak, nak bersalin da ni'. 😅Sempat rasa 3kali je 5min contraction, n suddenly ummi rs yg sakitttt sgtt. Terus ckp dgn abi 'Sakittttttt'. Nenek da cuakk sbb da gaya nak bersalin da n buat wake up call kat aunty n pakcu. Nenek suh tukar baju (yup, ummi time ni hanya pakai baju kelawar), tp ummi just jawab xlarat. Last2 memandangkan ummi kesakitan n xlarat, abi n pakcu kena papah ummi ke kereta. Time abi n pakcu angkat tu, si abg Ilman pun cuba nak tlg angkat kaki ummi. Thank u dear. Mmg faham time tu ummi tgh sakit. Siap nangis nak ikut ummi g hospital 😂. Alaaa sayang nyee kat awak.. So naik je kereta, ummi da rs mcm something is coming out. Abi for the 1st time merempit, nasib hospital dekat jek.. Smp emergency, nurse suh naik wheel chair. Time tu mmg just ckp sakit n xlarat. So abi terpaksa lah keluarkan tenaga lelakinya tlg ummi ke wheel chair. So dr wheel chair ke labour room rs lama sgttt. Nampak je katil kat labour room tu ummi terus panjat katil 😂. Nurse tanya nak g tandas ke, ummi jawab x larat. Nurse suh tukar baju, ummi jawab xlarat. Nurse smp naikkan suara kata xleh bersalin gini. Ummi jawab xlarat. Last2 nurse berputus asa n nk check bukaan. Bila je dia check, terus mcm terkejut n ckp 'Patient fully. Call doctor'. Haaa baru tau. Igt ummi ni sakit main2 jek.. Ummi da rasa mcm nak teran but nurse suh tggu. Nurse mcm tahan baby kat dalam sbb air ketuban x dipecahkan lg. Lama jugak la rasanya. Last2 doctor dtg n pecahkan air ketuban. Doc just ckp 'okay, push'. Terus ummi push n sekali push baby pun keluar. Yes, sgt senang sbb awak sgt kecil. Sepanjang dr sakit sgt kat rumah dgn keluarnya baby hanyalah dlm 20min gitu. Sbb bila ummi check last timing contraction adalah 855pg, n baby keluar 917pg. Dan sbb baby kecil juga, tiada jahitan lgsg. Alhamdulillah. Ummi transfer ke wad dlm 950pg gitu. Pakcu siap ckp, 'Cepat gila ko Bersalin Na'. Haha 😅. Disebabkan bersalin normal n tiada jahitan, Ummi xde la rasa penat ke, xbermaya ke. Rasa sihat jek. Ye lah, rasa mcm cepat sgt semua berlaku. Huhu..
Memang kenangan betul kelahiran kali ni. Baik adik, baik abg dua2 lahir hari sabtu. Cuma kelahiran ke2 ni abi spend time yg banyak tuk sentiasa berada di samping ummi, ilman n baby. Thank u Abi 😍😘