Showing posts with label = loveOFmyLIFE =. Show all posts
Showing posts with label = loveOFmyLIFE =. Show all posts

Saturday, June 1, 2019

Muhammad Irsyad bin Mohd Mahathir

My 3rd hero, Muhammad Irsyad bin Mohd Mahathir.

Alhamdulillah selamat melahirkan anak yg ke3.. Huu bercerita pula pasal kelahiran yg ke 3 sbb abg2 dia pun da dicoretkan disini. So sbg kenangan utk anak2 baca di kemudian hari 😍.

Throwback jom!

23hb 5 2019 (Hari Khamis)
Hari khamis ummi masih bekerja spt biasa. Ummi minta cuti start next week. So kiranya hari2 utk handover job etc. So memandangkan minggu last, duk ke hulu hilir settlekan kerja.  Time ke hulu hilir ni tetiba rasa sakit gila kat bhgian bawah tp masih mampu bertahan. So bila gi surau tu,  bercerita lah ngan member. Sekali member ckp,  'akak esok ni bersalin ni. Sbb sy dulu pun mcm tu'. Time tu cuba utk menidakkan tp rs debar la juga. So apa2 hal handover dulu kerja harini. Smp lah masa balik kerja. Oh time ni berulang ngan husband sbb da sarat plus rumah pun da kat Seremban. Tp mmg x cerita lah apa2 kat husband. Malam tu boleh tdo lena lagi 😂

24hb 5 2019 (Hr Jumaat)
Pagi2 tu ummi da start rs 10min contraction smp lah ke Subuh. So ms nak solat subuh,  g tandas n keluarlah bendalir darah.  Oh, ni tanda last time ni. So siap2 solat semua,  siap2 juga nak g kerja. Tp ckp kat husband da rs contraction n turun darah. Ajak husband tuk check shj. Kalau ok,  nak g kerja 😂. So bila jumpa PA doc,  PA doc suh g emergency n masuk labour room. Aik, sy nak jumpa doc je nak check 🤣🤣. Tp ikutkan lah apa yg PA doc ckp. So time tu around pukul 9pg.  Tup2,  masuk labour room,  xigt check ctg ke x.  Cuma nurse nak check bukaan. Punya lah lama dia check smbl muka kerut2. Kita ni da cuak dah.  Sekali bila tanya kenapa,  dia kata bukaan da 6cm ni, xsakit ke? 🤣 Satu soalan yg sukar ku jawab 😂. Time ni leh lg msg ngan kawan ofis smp lah kena contraction yg sakit gila. Time tu xde siapa kat bilik. Husband g ambil brg kat kereta plus setelkan kemasukan ke wad. Nurse masuk bila contraction yg sakit gila ke 2, n nurse tanya,  awak nak push ke?  Time tu xpk apa2 dah,  terus ckp nak push. Kalut terus doc n nurse nak siap2. Husband pun masuk jusstttt nice time nak push 😂 So push 2 kali,  keluar lah hero ke3 ummi 😍 n waktu tu pukul 10.07pg. Last msg ngan geng ofis kul 950pg 🤣 Cuma kali ni uri x keluar dgn senang so doc terpaksa korek 😅 Lps setel keluarkan uri,  bleeding pula.  So terpaksa drip ubat,  kalau ikutkan doc nak suh mkn pil je.. So kena tahan lama sket dlm labour room br leh g wad.. So 1st day bermalam di hospital..

25hb 5 2019
Alhamdulillah selamat discharged. Tp discharged petang jugak 😅😅 Bermula lah hari ummi anak 3 🥰

Friday, July 28, 2017

My lil hero Muhammad Iyyad b Mohd Mahathir

Alhamdulillah dikurniakan rezeki hero ke 2 (eh ke3 la kot kalau campur dgn abinya.hihi 😘). So alang2 tgh cuti berpantang, n baby tgh tdo ni, nak coretkan kenangan melahirkan yg no 2 ni. Hihi. Totally different dgn si abang 😂. Kalau diikutkan EDD adalah 16.7.2017, so mmg ummi expect awak akan sama dgn si abg.. Hihi. Oh mmg tidakkkk..

7 July 2017 (Jumaat)

Time ni Ummi masih tabah ke office. Yelah kan EDD next week kan.. Why ummi ke office? Sbb ada presentation FYP student. Oh semangat sgt kan pk kerja. N memandangkan a day before da cuti, adalah kerja yg perlu disettlekan hari ni juga. Kiranya mmg bz la Ummi hari ni 😂. Ke hulu ke hilir. Terserempak dgn bos, bos tanya 'Aikk, xcuti lagi'. Amboi bos, I'm a dedicated worker okeyh 😂. Sedangkan dalam kepala x sampai hati nak tinggalkan kerja kat org lain. Terjumpa dgn colleague n Ummi siap cakap 'Baby suka duk dlm perut..' wah dengan yakinnyaaa. Haha. N kalau diikutkan, ummi x plan pun nak balik Seremban, sbb ada 2 wedding hari esoknya tp Allah bukakan hati tuk balik Seremban jugaaaa.. N malam nya, ada sambutan raya kat kwsn rumah nenek. Tp ummi x pergi sbb ummi rasa penat sgt. Atau lebih tepat ummi rs sakit belakang (salah satu tanda gak tu sbnrnyaaa). Tp Ummi fikir maybe sbb aktif sgt pagi td 😅😅. So xde la layan sgt perasaan sakit tuh.. So malam tdo spt tiada apa2..

8 July 2017 (Sabtu)

Dalam pukul 2pagi gitu, ummi terjaga sbb nak g toilet. Ummi perasan ada darah dan bendalir. Ummi tahu tu salah satu tanda nak bersalin. Ummi googled!  Ummi baca ada yg kata doesnt mean keluar darah n bendalir tu terus nak bersalin. Ummi time tu berbelah bahagi nak kejutkan abi ke x. Last2 xkejut pun sbb kesian tgk abi tidur. So ummi sambung balik tdo, wlpun time tu da rasa sakit2 ala2 contraction. Dalam pukul 430pg onwards, ummi start rasa contraction n jarak dlm 10min. Tu pun agak2 contraction sbb ummi pernah rasa sakit senggugut yg teruk.. Again, ummi googled n dr apa yg ummi baca, contraction 10min tu normal 😅.  Sambung balik tdo (sambung la sgt kalau setiap 10min sakit). Smplah ke subuh, last2 xtahan ummi sambung tdo kat sofa ruang tamu. Ummi buat mcm biasa wlpun Nenek da nampak mcm ummi macam sakit. Nenek siap ckp xyah pergi wedding kalau da start rs contraction.  Barulah time tu ckp kat Abi yg mungkin xpergi wedding sbb da start rasa contraction. Abi siap tanya nak g hospital ke x tp ummi x jawab. Sbb tatau nak g hospital ke x lg. Malas kalau pergi nnt, dia kata xde bukaan lg 😂.  Ummi perasan je semakin lama semakin pendek jarak contraction tp ummi rs tu perasaan over ummi je. Until ummi rasa 5min contraction, ummi terpk 'alamak, nak bersalin da ni'. 😅Sempat rasa 3kali je 5min contraction,  n suddenly ummi rs yg sakitttt sgtt. Terus ckp dgn abi 'Sakittttttt'. Nenek da cuakk sbb da gaya nak bersalin da n buat wake up call kat aunty n pakcu. Nenek suh tukar baju (yup, ummi time ni hanya pakai baju kelawar), tp ummi just jawab xlarat. Last2 memandangkan ummi kesakitan n xlarat, abi n pakcu kena papah ummi ke kereta. Time abi n pakcu angkat tu, si abg Ilman pun cuba nak tlg angkat kaki ummi. Thank u dear. Mmg faham time tu ummi tgh sakit. Siap nangis nak ikut ummi g hospital 😂. Alaaa sayang nyee kat awak.. So naik je kereta, ummi da rs mcm something is coming out. Abi for the 1st time merempit, nasib hospital dekat jek.. Smp emergency, nurse suh naik wheel chair. Time tu mmg just ckp sakit n xlarat. So abi terpaksa lah keluarkan tenaga lelakinya tlg ummi ke wheel chair. So dr wheel chair ke labour room rs lama sgttt. Nampak je katil kat labour room tu ummi terus panjat katil 😂. Nurse tanya nak g tandas ke, ummi jawab x larat. Nurse suh tukar baju, ummi jawab xlarat. Nurse smp naikkan suara kata xleh bersalin gini. Ummi jawab xlarat. Last2 nurse berputus asa n nk check bukaan. Bila je dia check, terus mcm terkejut n ckp 'Patient fully. Call doctor'. Haaa baru tau. Igt ummi ni sakit main2 jek.. Ummi da rasa mcm nak teran but nurse suh tggu. Nurse mcm tahan baby kat dalam sbb air ketuban x dipecahkan lg. Lama jugak la rasanya. Last2 doctor dtg n pecahkan air ketuban. Doc just ckp 'okay, push'. Terus ummi push n sekali push baby pun keluar. Yes, sgt senang sbb awak sgt kecil. Sepanjang dr sakit sgt kat rumah dgn keluarnya baby hanyalah dlm 20min gitu. Sbb bila ummi check last timing contraction adalah 855pg, n baby keluar 917pg. Dan sbb baby kecil juga, tiada jahitan lgsg. Alhamdulillah.  Ummi transfer ke wad dlm 950pg gitu. Pakcu siap ckp, 'Cepat gila ko Bersalin Na'. Haha 😅. Disebabkan bersalin normal n tiada jahitan, Ummi xde la rasa penat ke, xbermaya ke. Rasa sihat jek. Ye lah, rasa mcm cepat sgt semua berlaku. Huhu..

Memang kenangan betul kelahiran kali ni. Baik adik, baik abg dua2 lahir hari sabtu. Cuma kelahiran ke2 ni abi spend time yg banyak tuk sentiasa berada di samping ummi, ilman n baby. Thank u Abi 😍😘

Friday, March 20, 2015

My Lil One - Muhammad Ilman Zufayri




My lil one..

Just a random update.. Sbb ni dari photobook, tp photobook xdapat lagi.. haha~
Sejak da umur setahun lebih ni, susah tul nak capture gamba.. aishh..

Apa2 pun, Ummi Abi sayang awak!!
Tp Abi kena sayang ummi lebih.. haha (-_-)
Aih, dgn anak pon jeles? haha~ Biasalahhhh :D

Thursday, September 25, 2014

Setelah sekian lama

Tidak mengupdate blog.
Since bertukar kerja nie, masa nak diluangkan depan kom menghadap blog mmg kurang..
But yes, rindu gila nak berblog.
Byk je entry yg semua half way..
Termasuk detik2 melahirkan sekecil comel kami, Muhammad Ilman Zufayri..

Saya belanja gamba je lah rini..
Saya geram ngan si kecik nie..
Setiap hari rasa nak gigit.. 24hours -8hours mmg xcukup
*sob sob*


Ummi sayang kat awak sangat2 okehh..

Terima kasih Allah atas hadiah yg sgt xternilai ini..

Saturday, July 5, 2014

Tarikh keramat 4 Jan 2014

Alhamdulillah pada tarikh berkenaan, saya selamat menjadi seorg ummi n mr hubby selamat menjadi seorg abi.. Proses melahirkan mmg tidak boleh dilupakan.. dengan sakit menahan contraction yg diadakan (induce), mmg xboleh lupa.. So nak cite perjalanan proses melahirkan si kecil comel kami :)

3hb Jan 2014

Tarikh ini kena admit ke hospital memandangkan saya ini tag hijau (berisiko).. So kalau EDD pada tarikh ini, n baby xmo keluar lagi, maka dengan itu, mula lah proses yang dinamakan 'induce'.. Admit hospital after solat jumaat ditemani oleh my dearest mr hubby.. Tetapiiii, doctor xde.. My actual doc (yg sy pi checkup during pregnancy ni) rupenya da pindah S.Alam.. So diganti dengan doc yg akan kerja kat situ tp waktu ni die keja kat GH.. so menunggu lah kami di bilik hingga doc abes kerja.. so around 6pm++, doc pun sampai.. terus dimulakan proses induce ni.. So 1st adalah ubat induce masuk bawah.. Memula doc buat VE dan doc kate ade bukaan da dlm 1-2cm.. so doc kasi 1st dose.. Tgh malam doc tgk progress macam mana.. Then after masuk ubat, every 1hr kot nurse datang buat CTG scan.. Then tetiba around 11pm tu nurse suh masuk labour room.. aish, cuak da.. siap nurse kasi ubat kosongkan perut.. mmg kosong habis lahh.. haha~ Doc datang check, then doc decide proses induce 2nd stage bermula esok sbb bukaan baru dalam 3-4cm.. huhu.. keluar balik dari labour room.. so my 1st night tido dengan lena kat hospital..

4hb Jan 2014

Nurse datang bagi tahu yg saya kena bersiap masuk labour room dalam pukul 830pg.. Dimulakan pulak proses induce dengan masuk ubat air.. wahhh, seigt saya, masuk kol 830, 835 da terasa sakit yg teramat.. Terigt doc ckp, nnt saya jumpa awk lagi 4hours.. mak aihh, lame gila.. then within 1hours tahan sakit, nurse panggil lagi doc.. Doc buat VE dan bukaan dalam 5-6cm.. Nurse cakap rezeki saya sbb cepat bukaan.. dalam otak saya, xsanggup nak tahan sakit 4hours tuuu.. Mmg sakit tu saya da pernah rasa sbb saya jenis senggugut teruk gak la.. cuma time ni ade mrhubby kat sebelah support.. walaupon nurse suh pegang besi, sy tetap nak capai tangan, lengan, badan mr hubby sy.. haha~ tah ape2 jek rs time tu..time tu, macam2 mrhubby bacakan kat telinga.. Then agaknye nurse tgk sy sakit semcm, die bagi yield gas.. oh no, next time xnak amek gas ni banyak2.. kenapa? mmg effect gila pada part push2 nnt.. so smbgan, dalam pukul 1030 gitu, nurse da suh push.. waktu tu lalok dgn gas, siap mata tgk tv lagi.. push pon mcm da xreti.. kikiki.. Lama gak nurse tu kasi can kat saya suh push.. Siap ada gaduh ngan nurse lg.😂😂 Sampaikan ada satu masa, nurse ckp kat saya 'Tgk CTG awak ni x cantik, ikut pengalaman awak maybe kena ceaser ni'. Wah ckp je la apa2 pun, I redha jeeee time tu. Later, doc datang n seluk bawah, rasanya check baby ok ke x. Doc kata xperlu pun ceaser sbb baby ok je respon. Legaaaa dpt doc gini.. Terigt laa siap nurse tanya doc, nak increasekan dose tuk induce tak. Doc siap ckp, awak x nampak ke dia sakit sgt dah, xperlu naikkan dose. Wahh, I sayang sgt kat doctor Alina ni..Last2 maybe da smp waktunya, doctor dtg check n baby pun da lama kat hujung tu, last2 kena guna forcep. Huhu. Mmg igt la doc ckp, sian maknya da penat tu, kita guna forcep ye. N at last dalam 12tgh hari ++, si kecil kami berjaya dikeluarkan. Yes, saya still lalok n redha jeee doc jahit lepas tuh. Nasib kaki kena ikat, rasanya kalau x ikat, mungkin da kena tendang kott doc 😂😂 Tp alhamdulillah,  selamat lahir putera sorg tuh. Cuma ada tumpah darah. Mmg x larat lgsg nak bangun 😅. Even tukar pad pun mrhubby yg buatkan. Siap dia yang bersihkan. Time tu mmg rasa terharu la dpt lihat husband yg caring n do everything for his wife. Yes, Im luckyy 😍😘.

5 Jan 2014

Maybe disebabkan tumpah darah, kena warded smp ke harini. Kiranya 3hr 2mlm berkg kat hospital. Siap pakcik2 saya bawakkan toto etc tuk mrhubby tdo. Discharged dlm petang juga. Siap ada 2 org student sempat dtg jenguk  kat hospital 😍. Alhamdulillah dipermudahkan segalanyaa.. N bermula lah sesi berpantang 😂.

 My lil one Muhammad Ilman Zufayri, nanti da pandai baca, awak baca ehh cerita ummi ni.. 3tahun tau tggu awak ni. Rezeki Ummi n Abi 3tahun je tggu. Org mcm Ummi (penghidap PCOS) ni ada possibility susah nak conceive. Ada yang bertahun2 lg lama dr Ummi. Terima kasih Allah atas pemberian Mu.. Terima kasih juga pd mrhubby yg sentiasa bagi sokongan..

Saturday, October 26, 2013

Pergi kerja ada org nak hantar?

Btw, weekend baru nie, kami satu family pergi Kuantan..
Saja jalan2 cari makan..
Agak mencabar kerana xguna highway..
Guna jalan lama~

So alkisahnya guna jalan lama nie waktu nak balik..
Sy drive dr Kuantan smp Muadzam Shah je..
Then diganti pula dgn Papa saya..
So bila otai driver ni yang drive, seboleh2nye nak ngelak jalan jammed..
Dari Muadzam smp Serting, ok je lagi..
Then Papa kata kalau ikut jalan Kuala Pilah ni jammed..
So pergi la ikut jalan jelebu..

Mak ai.. otai driver nie kan..
Kat area corner tu lahhh die nak pecut bagai (-__-)
Waktu tu perut da macam stress / tegang je..
Tp sabar je lah kan.. Apa lagi boleh buat..
Siap turun bukit yg corner2 tu, mcm org nak racing je (T_T)
Then, akibatnya.. balik rumah pening2 n mabuk gila..
Saya tau baby pon mabuk gak sbb die tegang je kat dalam..

Balik tu, my family nak g makan after maghrib.. Sy ckp sy xmo sbb sy rasa mabuk2 n nak muntah..
So balik rumah, terus sy tdo.. Makan x, mandi x..
Then terjaga nak dekat kul 10..
Alamak, kesian Mr Hubby kena drive lewat2 ni..
Dgn segera bangun, n bersiap2 tuk balik seri kembangan..

Alkisahnya pagi tadi, Mr Hubby ckp apa yg Mama saya ckp kat dia semalam..
"Start bulan 12, Nana duduk rumah Mama yer.. da 9 bulan.. Bahayaa da drive.. Nanti Papa hantar Nana g kerja"..
Oh terkelu saya mendengar..
Da tu, xkan Mr Hubby sy nak jadik bujang 4 bulan?
Sian Mr Hubby! Tp Mr Hubby ckp, "Nak buat mcm mana, 1st cucu dorg.. Mesti nak jaga awk gile2 punya".. 
Sy xtau sy patut rasa terharu ke ape.. haha~ But ape yg sy fikir, kesian Mr.Hubby..
Sape nak makan ngan die malam2..Sape sy nak kaco malam2?
Nanti sapa yg nak tidur berbantalkan lengan Mr.Hubby?
Sape yg nak bersolat jemaah ngan Mr.Hubby?
Sebak plak rasa.. huhu~

Ini mesti kes sy mabuk la nie smlm..
Kalau dak, xde nye kot Mama terfikir idea tu..
Aishh~!

Tuesday, October 8, 2013

Kisah di suatu pagi - Nurse vs Doc

Perbualan di satu pagi di KK..

Nurse : Awak diet ke?
Saya : Xde lah..
Nurse : Ni berat awk naik 0.2kg je nie..
Saya : Saya makan nurse.. xde diet2 nie.. just control makan nasi je sbb pakar pemakanan suh saya control..
Nurse : Jgn diet tau.. makan banyak sket..

*dalam hati, aritu timbang pas makan.. yg ni timbang sebelum makan.. mmg aa beza ada skett jek.. haha~*

Dalam 1 jam lepas tu :

Saya : Doc, ada masalah ke berat badan saya naik sedikit?
Doc : xde masalah pun sbb kalau tgk perut n baby, scan ok je.. xde pun masalah..
Saya : Oh ok.. Thank you Doc..


Oh cik nurse ni.. sila jgn galakkan saya makan... walaupon saya ni kurang sket makan.. tp saya cuba makan.. lagipon, sy ni BMI bkn normal yer.. so mane leh naik banyak2.. paling2 pon 5-7kg.. ni pon rasenye da naik 2kg++ kot.. Berat xmenentu tu pasai xleh tau berat before pregnant berapa n during pregnant berapa.. terigt dulu ms kne sound ngan doc *bkn doc sy tapi doc ganti* sbb dia kate sy xusaha turun berat badan.. meleleh2 gak aa airmata bila kne sound.. dia igt sy ni xnak usaha nak dapat anak ke? Rupe2nye time kne sound tu mmg da pregnant.. patut lah air mata meleleh2.. hahaha~ mmg akan diingati aa muka doc tu.. seb baek u r not my doc.. pyscho org jek.. haha~ My doc lebih kepada positif..selalu ckp psl benda positif.. tu baru doc yg baik.. baru aa patient tak psycho..

Eh itu cerita tuk doc O&G sy.. bkn doc KK yer.. Nurse & doc kat KK tempat sy slalu pergi ni sgt baik n peramah.. suka tersenyum walaupon penatt.. td time cucuk kancing gigi, dengan nurse yg sy consider nurse yg otai & garang skeetttt.. Sy ni klu bab cucuk2 ni mmg lemah gila.. cuak!! 1st time dulu siap tahan lagi nurse, jgn cucuk dulu.. haha~ Seriously, mcm budak2.. So tadi, time die pergi tepi sy dgn bawak jarum tu, terus sy pandang die n sy sengih.. saya ckp sy ni penakut skett.. Dia gelak, then dia kata, ni bkn penakut sket, ni penakut byk.. then actually kejap n xde aa sakit mane pon proses cucuk2 nie.. ke sbb nurse tu da merelakskann sy? mungkin lah jua kann (^_^)v Ape2pon, sy suka je g KK cuma x suka tunggu lama.. haha~

Sekian cerita untuk hari ini..

*student cuti, tu pasal mcm hima kan.. nak mintak cuti.. malas! haha~*

Wednesday, October 2, 2013

Raya 2012 / 2013

Lambat gila nak update kan..
Nak wat camner, nak wat ape2 pun sekarang ni rasa malas gila.. 
haha~

Okay, sambung cita raya..
Gamba2 ni adalah gamba tuk photobook saya..
Lately mmg suka beli voucher tuk photobook..
Rasa nya lagi lawa..
N tujuan guna voucher ni pun sbb lg seminggu nak expire, baru perasan..
So gamba raya lah yg senang nak susn tanpa memikirkan ape2..
hihi.. So~~~~~~~

Raya 2012

Raya 2012 kami kali ini tanpa atuk tersayang.. n disebabkan raya 1st n 2nd di belah mr. hubby, so gamba raya 2012 technically mmg xbanyak.. Gamba yang ade ni pun sebab pi Melaka, raya rumah auntie kat Ayer Keroh.. Nway, have funn~

+ Beraya di Tutti Frutti.. Seperti biasa, pakcik belanjaaaa +

+ Gamba skema kami sefamily +

+ Bila kata freestyle, mmg freestyle sungguh.. huhu +

+ ni mmg candid habis aaa.. sbb main pakai tekan je remote :p +

Raya 2013

Raya tahun ni plak tanpa wan :( Arwah wan meninggal bulan 6 yang lepas.. Betul2 sebelum puasa.. Sebak gak la nak raya sbb da xde atuk & wan.. Tp demi nak gembirakan pakcik2 kitorg, beria lah jugak bergamba. Sbb tau deep down inside them, dorg mmg terasa gile bile xde 2-2 nye dah.. So kawan2, silalah hargai family anda.. Kita mungkin xtau, tu adalah last day kita dgn dia.. 

Nway raya tahun ni, kami ade 2 tema.. *gedik je kan nak 2 tema*.. Royal blue dan merah mak ngah.. haha~ ni semua sbb pakcik2 n my mum semangat nak ade 2 colour.. Kami ni layankan jekk lahh.. So sila lah menikmati gamba2 nie ekk.. Masa susun gamba ni, mmg gelak sorg2 sbb tgk telatah masing2.. inilah kelebihan ade wireless remote tuk kamera (^_^)v

+ 1st raya adalah royal blue +


+ my small family.. insyaAllah tahun depan bertambah bilangan +

+ pakcik2 yg susah senang sekali.. sng nak mintak tolong :) +


+ 2nd day punya tema warna : Merah mak ngah +

+ Ala2 freestyle.. Terigt dulu arwah wan n atuk buat sign 'peace' nie +


+ Adik beradik plus sepupu +

+ Saya mmg suka gamba candid! +

Tahun depan belah mr. hubby plak.. so maybe belah saya xtangkap la gamba gini.. Terigt ms 1st time raya kat rumah belah mr.hubby, kakak msg sbb kate mama tunggu call saya.. Pastu bile call tanya mana gamba, xde banyak pun gamba katanya.. haha.. nak wat caner, mmg saya nie suka bergamba.. nak tanak dorg kena paksa ngan saya tuk bergamba..hihi :)

**********************************************************************************************************************

Semlm pi makan.. Mr Hubby tanya nak makan mana.. Dgn segera ckp nak makan kat PappaRich sbb nak makan kuey tiaw goreng die.. haha~ plus mcm biasa, telur setgh masak.. dunno why sgttttt suka makan telur setgh masak.. Then Mr Hubby upload gamba saya tgh makan dgn semangat nye..*tp hanya sy ngan dia je leh tgk gamba tu..* Pastu sy comment kata 'suke2..thank you sbb sanggup layan sy..' Then Mr Hubby balas dgn ayat yg syahdu.. katanya tu dari hati dia.. Aish Mr Hubby nie~~ Sy tau awk sweet (^____^)v

*kalau nak memushikan org ponnn, xyah aaa nampak sgt... hahaha.. ai xkesah ponnnn..lalalala* 

Monday, July 29, 2013

Kita kena kuat!!

Alkisahnya, dalam keadaan da mahu masuk  minggu ke 18 ni..
Patutnya berat badan adelah naik sedikit kann..
Kalau dulu punya lah happy xkisah aaa bape je berat badan turun..
Sekarang ini agak kerisauan..
Berat makin lama makin turun..
Xnaik2 :( nafsu makan pon gitu jekk..

Bila pi kedai ke bazaar ke, macam2 rase nak makan..
tp, bila da buka puasa, hanya nasi je yg lalu makan..
dessert ke, kuih ke.. mmg xlayan aaa..

Oh badan, oh sayang..
Kenapa dikau menolak makanan?
Takut nak paksa, sbb takut termuntah balik semua (>_<)
Inilah kot namanya dugaan~

Bersabarlah sayang~
Kita kena kuat!!

huhuhu~

*merapu di dalam class menunggu student habis jawab soalan..*

Tuesday, June 25, 2013

Ceritera di petang hari

Perbualan sms antara mr.hubby and me...

Wifey : Yang, esok tgk wayang nak?
Mr Hubby : Boleh ajer..
Wifey : Kul 845.. Cite Man of steel..
Mr Hubby : Beres jer mom of steel to be.. hehe

Huhu.. sabo je lah Mr Hubby nie.. 
Asek buat lawak bodo je keje die..

Btw, Counting Part 3..
Yea, lagi 2 hariiii!!!
Seronok rsnye bercuti..
Alang2 jauh skettt dari tempat berjerebu nie..

Oh yeahh, malam ni ade dinner~
Ikutkan malas nak pi..
tp da diwajibkan..
Plus siap dapat baju kurung n tudung..
So kenalahh pi~ huhu :(


Monday, June 10, 2013

2y, 2m, 2w and 2d

Baru perasan ticker wedding tu...
Lawa jer tarikh tu kan..

Alhamdulillah da 2 tahun, 2 bulan, 2 minggu, dan 2 hari...
Menjalani hidup sbg wifey kpd Mr. Hubby ni sgt best...
Walaupon Mr. Hubby ni kadang2 mcm budak kecik..
Tapi seriously saya bahagia...

Thank you Mr. Hubby...
Semoga kita bersedia dgn new chapter of our life (^_^)v 

*ILoveYouAlways*

Counting days part 2

Yeaaaa happy sbb da masuk bln 6...
End of this month akan berhoneymoon...
But with extra care...

Eh, still kena renew passport..
walaupun agak kemalasan..
Lately nak buat ape pon mls..
Nasib baik Mr. Hubby ni memahami..
*gedik je kan?*

Btw, student tgh cuti sekarang..
So minggu ni relaks sket..
Cuma kena buat final exam paper..
So, aura rajin, silalah kembali..
huhuhuhu...

Tuesday, May 28, 2013

Nikmat

Allah tarik satu nikmat..
Tapi Allah beri nikmat yg lain..
Syukur padaMu Ya Allah..


(^_^)v

Friday, November 30, 2012

Short gateway~!

Genting Highlands (17-18hb Nov 2012)

Family vacation.. Pergi dengan 2 kereta.. 2 hari 1 mlm di Awana Genting Golf and Resort.. On da way nak pergi Awana tu kitorg terserempak dgn 2 accident.. Yang plg baru adelah Hilux sbb masa nak naik tu dia ada potong saya dengan lajunya.. huhu~ Oh, pengajaran pada kamu wahai kereta Hilux~! Yang sangat best pasal rumah eh penginapan TNB nie sbb sgt lawaaaaaa rumah dia.. ada 3 bilik, 2 bawah 1 atas.. tp yg atas tu dari ruang tamu da boleh nampak sbb die tekankan konsep open.. haha~ tp boleh tutup la actually.. So ini gamba rumah penginapan kitorg... Mmg terbaikkkk lahh..


+ my bilik connected to ruang tamu +

+ my uncle & family +

So 1st day tu hanya pi jalan2 area awana tu je.. Then dinner pun our parents pi bli kat kedai mamak n bawa balik rumah.. Malam tu kiranya malam rehat sblm kejadian.. hihi~ Ok bayangkan pi Genting Highlands bawa org yg da senior2 nie.. hihi~ 

+ Jalan2 cari gamba +

+ lil cousin +

+ Haruslah ada gamba dgn Mr Hubby +

+ Atas bumbung, next time dtg nak bermlsan plak la +

Next morning, awal2 pagi lagi kami da siap2.. Target smp atas kul 9pg.. Uishh, mencabar betul bawa stream naik atas.. Kereta 1.6 je kann.. Kalau Latio maybe la laju jee.. Dapat plak satu lagi kereta, Serena 2.0.. mmg ketinggalan aa.. Alhamdulillah selamat smp.. Oh baru tau parking kat sini da free.. last time pergi pun 2009 kottt.. huhu~ N then bila beli tiket tu, sangatttttt laaaa untung bile dapat discount sbb papa pesara Tentera... But xtau la actually dapat murah sbb ape..Adekah sbb pegawai kerajaan or bekas tentera.. Murah dalam RM20 tuuu tuk adult for both outdoor n indoor (^^) 

So 1st yg kitorg naik is Carousel.. Bagi semua org naik.. haha~ Then some of them naik plak Spinner.. My uncle pun naik gak sbb anak bongsu dia insist nak naik.. After that, kami pergi plak Space shot.. Last naik free fall adelah ms kat jepun 2005 kot.. masa family senpai dtg jepun.. Mmg perasaan yg xleh dilupakan.. But mmg best~! perasaan sekian lama xrasa..hihi..Then naik lg satu ride, hujan plak.. Kami pun ke indoor.. wah indoor pun rmi org.. Last2 lps naik satu ride, pi makan XD Tp mmg 一日でした.. Lepas makan, pi naik lagi satu ride kat indoor sbb pergi outdoor.. Papa nak naik Flying Coaster, tp bila ajak pi, xmo plak.. haha~ Then sblm balik smpt naik Bumper boat..

+ Family potrait with my big bro taking this pic +

Oh stress masa balik.. Memanjang je brek.. Mmg curam tul jalan balik nie.. rsnye pergi tadi tadek la curam sangat.. Smp rumah, rehat sat sbb kereta Serena punya brek berasap pas turun dari atas.. Balik lepas maghrib, smp kat area RnR Gombak mmg jammed gile..smp rumah around 10pm.. Penat mmg xigt (>_<)

So inilah short gateway saya & family.. Love spending time with family (^^)v


*Next penang plak.. InsyaAllah.. Tp ada apa dengan Penang ea? huhu~

Monday, November 26, 2012

Penceria hidupku~

Oh tajuk kali ini berkisar pasal Mr Hubby..

Bila Allah takdirkan kami ber2 je sejak kahwin,
Mr Hubby selalu buat attitude / muke yg comel..
dan kadang2 smp xlarat nak layan..

Tapi bile xlayan, merajuk laa plak :p
Uishhh, sape kate saya xde baby lagi..
Ni baby besar sorg nie sgt manja yee..
Awal2 lg da ckp, nanti nak rebut ngan baby.. 
Caner la agaknye kalau ade rezeki kami nanti ea?

Adakah Mr Hubby masih lagi dengan tingkahlaku baby die?
Adakah Mr Hubby akan berebut attention dari saya?
haha~
Sayang oh sayang..
Sesungguhnya awak penceria saya..
Awak tauu kann saya selalu je gelakkan awak bile awk start buat muka comel..
Awk kann selalu je kann mengacau sayaaaa especially klu saya tgh buat keje..
xkesah la kije opis ke, kije rumah ke..mmg suke kaco kann..
Selalu je kan tertido kat ruang tamu sbb teman saya buat keje..

Thank u Mr Hubby...
Semoga sentiasa kekal / sabar dengan saya..Aminnnn~
Hihihi..~

Allah mungkin xkurniakan lagi rezeki tuk saya..
But u're the best I ever had..
Allah kasi chance awak manja ngan sayaaaaaaa kotttt..huhu~
Ape2pun, terima kasih sbb selalu think positive (^^)v 

Wednesday, October 24, 2012

Bestfriend's Wedding

16092012 Wedding Khairul Izham dan Yanty

At last, mr. BF kahwin juga dengan pilihan hati yg gorgeous itu.. huhu~ Tp Mr. BF, kamu sgt bam2 =P hihi.. Ape2pun, congrats ye pakcik.. akan ku panggil dirimu pakcik sampai bile2.. huhu~
Semoga kekal insyaAllah ke syurga.. Aminn..

Btw, saya pergi ni belah perempuan.. Belah perempuan dia kat Seremban je.. so alang2 Mr BF ajak pergi yang dekat, ofcos la kite nak g yg dekat kannnnn...
Time ni mmg terkejar2 la sbb dari kg mr hubby..Sanggup gak datang walaupo0n jauh + kepenatan
Anyway, I'm happy for you.. Sila mature okehh..No more play2 macam kanak2 spastik da :p


22092012 Wedding Zarina dan Apit

Miss BF ini pun jua alhamdulillah da selamat jadi wifey org.. huhu~ Member masa mrsmPC dulu.. Ms ni kitorg pergi wedding kat belah husband dia,Apit.. eh dunia ni kecik tau sbb kawan apit ni kawan saya gaks.. ye la kann, org Jitra.. 


So yg kami pergi ni, Jitra la kann.. Punya la tabah sbb last minit baru beli tiket bas bagai.. tiket BAS?? yeee, saya naik bas..haha~ actually nak naik flight tp dsbbkan last minit, naik jua la bas..Tp mmg balik hari la.. smp Jitra ari sabtu pagi, ari sabtu malam da gerak balik KL.. huhuhu.. mmg semata2 kerna nak pergi wedding diorg.. Tabah kann sayaaaa?? oh saya tabah bile BF sy punye wedding :p

Btw Miss BF, ai sgt suke dgn new appearance kamu..
Semoga bertahan selamanya yaaa...
n da jadik wife ni jangan da kelam kabut da eaaa...
I'm so happy for both of u.. *lame kannn korg couple :p*
Nanti bile2 kite pergi holiday sekali okeh (^_^)d

Gambar hiasan :
Pengantin 'baru' ini punnn nak interframe gaks :p


Thank you Sayang for always being there for me..
Through ups and down..
N selalu bersabar dengan karenah kanak2 saya..

Quoted : The best gifts a guy could give to a woman are his time, his attention and his love..
True indeed :)

Thursday, August 30, 2012

5 years

Wahh.. da 5 tahun da umur blog ni..
Tp since balik malaysia, jarang da update..
*Nampak sgt kat jepun banyak mase sbb duk sorg2..wiken je full ngan xtvt..*

Anyway, saja nak wish :

Happy 5th anni dear blog..
  u so much..
hihi~
Semoga senantiasa setia bersama tuan badan yg kurang rajin nak update nie..
Nanti saya rajin2kan diri update ekk..
Simple update pun xpe kann dear blog :)



Notakaki : tgh melayan Adam dan Hawa.. Sweet la Ain nie.. Best sbb watak utama tu jarang nampak kat tv..  ke sbb sy yg jarang tgk tv selain astro?hihi.. ape2 pun saya suka watak Ain nie.. Berangan nak jadi sweet cam Ain..hihi~

Friday, August 17, 2012

Balik kampung o0o0o0o0o balik kampung

Hihi... Arini saya bercuti, tp Mr Hubby dapat half day je.. sbb memula saya yg xleh cuti so die pun xamik cuti.. Then suddenly, boleh plak cuti tp Mr Hubby da apply cuti tp xtermasuk Jumaat.. Dapat pulak dia kena ganti orang tuk audit.. ade ke audit sehari sblm org nak cuti panjang.. aihh.. Pandai betul..

By the way, tahun ni sekali lagi balik Terengganu.. Balik ambil mak mertua and then bawa balik Pahang.. Jauh perjalanan kami nie memandangkan raya maybe ari ahad.. 

So sekarang ni, tengah tunggu Mr Hubby balik sembahyang jumaat then baru gerak.. Konpem akan jammed (>_<) Tah pukul berapa agaknya nak sampai sana.. Nampaknya berbuka dalam kereta la jawabnya hari ini.. Kena bawak bekal ni.. huhu..

Tahun ini, turn raya kat belah Mr Hubby.. Sedey gak bile pk sbb jauh dengan family sendiri.. *ye mmg saya anak manja.. tp semua adik beradik saya anak manja* huhu~tp belah Mr Hubby pun family saya gaks :) Hari Rabu lepas pun family datang berbuka kat rumah.. hihi~ Meriah xyah cakap la.. Dorg balik je terus sunyi rumah.. huhu..Happy gile tp dalam masa yang sama, nervous bile kakak / family nak rase masakan saya.. hihi~ tp last2 sy masak 2 makanan je.. Yg lebih, Mama masak dari rumah.. Lauk mmg banyak gile lahh.. Sambal sotong, sambal udang *dimasak saya*, kangkung masak lemak, daging kari, terung goreng, sayur campur goreng *dimasak sy gaks*, kari tenggiri, pekasam goreng etc.. hihi~ banyakkkkkkk kannnnnn? Alhamdulillah lauk semua abis.. *opss kantui family kuat makan.. haha* 

Alamak, da kena siap2.. saya ni da la mmg siap lambatt.. buat ape pun xtau.. ape2 pun, raya ni still kena bawak balik kerja.. Kerja yang senantiasa endless (>_<) tape lah, untuk anak bangsa jugak kannn.. 

Banyak benda nak cerita.. pasal buka puasa, pasal student2.. tp next time lahhh.. apa2 punnnn..

Salam Aidilfitri

Minta maaf jika ada salah silap, terkasar bahasa dalam blog nie, ada yang terasa hati dengan post2 kat dalam blog ni.. Saya sejujurnya minta maaf.. 


Notakaki : Tahun ni agaknya berapa ek duit raya yang dapat? hihi

Tuesday, August 7, 2012

Merindui..

Bila buka laman sosial facebook..
Ramai yang upload gamba Masjidil Haram & Kaabah..
dan kadang2 Masjidil Nabawi..
Terasa rindu nak pergi sana lagi..
Mr Hubby target 2015 pergi umrah lagi..
InsyaAllah dengan izinNya..

Tetiap hari nampak gamba yang berlainan..
Makin terasa rindu..
Kadang2 sebak tengok gamba..
1st time nampak Kaabah ms pergi tu,
mmg xleh nak dibayangkan dengan kata2..
Smp sekarang pun xleh nak dibayangkan..
Berada dalam Masjidil Haram, tawaf mengelilingi Kaabah..
Semua mmg terpahat kat ingatan je..
SubhanAllah.. Allah Maha Hebat...

Ya Allah, permudahkanlah hajat kami~

+ Selesai umrah +

Notakaki : InsyaAllah next time nak pergi dekat Hajarul Aswad..

Friday, August 3, 2012

Hari ini hari Jumaat

Situasi : Tengah buka puasa sambil tengok tv.. Ada iklan pasal pembersihan wanita.. Before guna, comot la kononnye perempuan tu.. Da guna, jadi lawa plak, siap pakai dress *hatiku berkata2, tiada kaitannnnnnnn..hihi*

Isteri : Sian awk kan.. Tetiap hari balik rumah, tengok isteri pakai comot je
Suami : Xde pun..
Isteri : Ye la.. Balik2 je, tgk isteri da pki baju tido (baju kelawar)..
Suami : X kesian pun..
Isteri.. Kesian la isteri comot..
Suami : Da isteri comel..nak comel tahap mana lagi?


Si isteri senyum sengih2.. haha~ Pandai ambil hati ea...


*Sekian di tempat kerja.. Hari ini hari jumaat.. N ada berbuka puasa dengan student.. Mr. Hubby suruh join.. suruh bersosial sket.. haha~ Saya ni xbersosial ke sayang? selalu je bawa syg ke hulur ke hilir jumpa member.. hihi~*


Opsss,

SALAM RAMADHAN
SEMOGA RAMADHAN KALI INI PENUH DENGAN KEREDHAAN ALLAH SWT..
AMINN...



Notakaki : Masa umrah dulu, ustaz ada cerita.. Kalau kita mengejar syurga Allah, belum pasti kita akan dapat syurga itu.. Tp kalau kita mengejar redha Allah, insyaAllah syurga balasannya~~ Aminn..