Alhamdulillah pada tarikh berkenaan, saya selamat menjadi seorg ummi n mr hubby selamat menjadi seorg abi.. Proses melahirkan mmg tidak boleh dilupakan.. dengan sakit menahan contraction yg diadakan (induce), mmg xboleh lupa.. So nak cite perjalanan proses melahirkan si kecil comel kami :)
3hb Jan 2014
Tarikh ini kena admit ke hospital memandangkan saya ini tag hijau (berisiko).. So kalau EDD pada tarikh ini, n baby xmo keluar lagi, maka dengan itu, mula lah proses yang dinamakan 'induce'.. Admit hospital after solat jumaat ditemani oleh my dearest mr hubby.. Tetapiiii, doctor xde.. My actual doc (yg sy pi checkup during pregnancy ni) rupenya da pindah S.Alam.. So diganti dengan doc yg akan kerja kat situ tp waktu ni die keja kat GH.. so menunggu lah kami di bilik hingga doc abes kerja.. so around 6pm++, doc pun sampai.. terus dimulakan proses induce ni.. So 1st adalah ubat induce masuk bawah.. Memula doc buat VE dan doc kate ade bukaan da dlm 1-2cm.. so doc kasi 1st dose.. Tgh malam doc tgk progress macam mana.. Then after masuk ubat, every 1hr kot nurse datang buat CTG scan.. Then tetiba around 11pm tu nurse suh masuk labour room.. aish, cuak da.. siap nurse kasi ubat kosongkan perut.. mmg kosong habis lahh.. haha~ Doc datang check, then doc decide proses induce 2nd stage bermula esok sbb bukaan baru dalam 3-4cm.. huhu.. keluar balik dari labour room.. so my 1st night tido dengan lena kat hospital..
4hb Jan 2014
Nurse datang bagi tahu yg saya kena bersiap masuk labour room dalam pukul 830pg.. Dimulakan pulak proses induce dengan masuk ubat air.. wahhh, seigt saya, masuk kol 830, 835 da terasa sakit yg teramat.. Terigt doc ckp, nnt saya jumpa awk lagi 4hours.. mak aihh, lame gila.. then within 1hours tahan sakit, nurse panggil lagi doc.. Doc buat VE dan bukaan dalam 5-6cm.. Nurse cakap rezeki saya sbb cepat bukaan.. dalam otak saya, xsanggup nak tahan sakit 4hours tuuu.. Mmg sakit tu saya da pernah rasa sbb saya jenis senggugut teruk gak la.. cuma time ni ade mrhubby kat sebelah support.. walaupon nurse suh pegang besi, sy tetap nak capai tangan, lengan, badan mr hubby sy.. haha~ tah ape2 jek rs time tu..time tu, macam2 mrhubby bacakan kat telinga.. Then agaknye nurse tgk sy sakit semcm, die bagi yield gas.. oh no, next time xnak amek gas ni banyak2.. kenapa? mmg effect gila pada part push2 nnt.. so smbgan, dalam pukul 1030 gitu, nurse da suh push.. waktu tu lalok dgn gas, siap mata tgk tv lagi.. push pon mcm da xreti.. kikiki.. Lama gak nurse tu kasi can kat saya suh push.. Siap ada gaduh ngan nurse lg.😂😂 Sampaikan ada satu masa, nurse ckp kat saya 'Tgk CTG awak ni x cantik, ikut pengalaman awak maybe kena ceaser ni'. Wah ckp je la apa2 pun, I redha jeeee time tu. Later, doc datang n seluk bawah, rasanya check baby ok ke x. Doc kata xperlu pun ceaser sbb baby ok je respon. Legaaaa dpt doc gini.. Terigt laa siap nurse tanya doc, nak increasekan dose tuk induce tak. Doc siap ckp, awak x nampak ke dia sakit sgt dah, xperlu naikkan dose. Wahh, I sayang sgt kat doctor Alina ni..Last2 maybe da smp waktunya, doctor dtg check n baby pun da lama kat hujung tu, last2 kena guna forcep. Huhu. Mmg igt la doc ckp, sian maknya da penat tu, kita guna forcep ye. N at last dalam 12tgh hari ++, si kecil kami berjaya dikeluarkan. Yes, saya still lalok n redha jeee doc jahit lepas tuh. Nasib kaki kena ikat, rasanya kalau x ikat, mungkin da kena tendang kott doc 😂😂 Tp alhamdulillah, selamat lahir putera sorg tuh. Cuma ada tumpah darah. Mmg x larat lgsg nak bangun 😅. Even tukar pad pun mrhubby yg buatkan. Siap dia yang bersihkan. Time tu mmg rasa terharu la dpt lihat husband yg caring n do everything for his wife. Yes, Im luckyy 😍😘.
5 Jan 2014
Maybe disebabkan tumpah darah, kena warded smp ke harini. Kiranya 3hr 2mlm berkg kat hospital. Siap pakcik2 saya bawakkan toto etc tuk mrhubby tdo. Discharged dlm petang juga. Siap ada 2 org student sempat dtg jenguk kat hospital 😍. Alhamdulillah dipermudahkan segalanyaa.. N bermula lah sesi berpantang 😂.
My lil one Muhammad Ilman Zufayri, nanti da pandai baca, awak baca ehh cerita ummi ni.. 3tahun tau tggu awak ni. Rezeki Ummi n Abi 3tahun je tggu. Org mcm Ummi (penghidap PCOS) ni ada possibility susah nak conceive. Ada yang bertahun2 lg lama dr Ummi. Terima kasih Allah atas pemberian Mu.. Terima kasih juga pd mrhubby yg sentiasa bagi sokongan..
No comments:
Post a Comment